Bahagian Kad Pengenalan Pintar bertanggungjawab dalam mengendalikan permohonan bagi kad pengenalan pintar kepada warganegara Brunei Darussalam, Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam dan warganegara asing yang berkelayakan. Permohonan Kad Pengenalan Pintar boleh dipohonkan di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan atau di Pejabat Cawangan di daerah yang lain. Permohonan juga boleh dipohonkan dengan memuat turun Aplikasi QueUp dari Appstore atau GooglePlay dan membuat tempahan nombor giliran lebih awal. Ini akan menjimatkan masa menunggu bagi orang ramai dan menjamin nombor giliran bagi permohonan yang dihadapkan. Walaubagaimanapun, permohonan secara Walk-In adalah masih diterima di Pejabat-Pejabat Cawangan. Sila rujuk Tekad Pemedulian Orang ramai (TPOR) bagi tempoh perlaksanaan perkhidmatan. Jenis-jenis permohonan Kad Pengenalan Pintar mengikut kategori: |