Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKelahiran, Kematian dan Anak Angkat

PENGENALAN

Setiap Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat yang berlaku Negara Brunei Darussalam hendaklah didaftarkan mengikut Akta dan Peraturan yang dikuatkuasakan di negara ini.  Sijil kelahiran, kematian dan anak angkat pada dasarnya diperlukan untuk perkara-perkara berikut;

  • Sijil kelahiran bagi kemudahan pendaftaran sekolah, permohonan bagi kad pengenalan pintar, dokumen perjalanan, kerakyatan dan lainnya;
  • Sijil kematian bagi kemudahan menuntut insuran, urusan pembahagian harta pusaka, kahwin baru dan lainnya;

  • Sijil pendaftaran anak angkat bagi kemudahan bukti taraf atau kedudukan anak angkat terse​but. 
IMG_8665.JPG

PENDAFTARAN KELAHIRAN

a) Tempoh Pendaftaran kelahiran

Pendaftaran kelahiran bagi anak damit adalah disarankan untuk dilaksanakan setelah anak damit tersebut dilahirkan. Pendaftaran kelahiran tertangguh (lebih dari 14 hari) dan pendaftaran kelahiran lewat (lebih dari 43 hari) akan dicatat jika tempoh pendaftaran dibuat selepas 14 hari anak damit tersebut dilahirkan.

b) Orang yang mendaftar

Kategori bagi mereka yang layak untuk mendaftar kelahiran anak damit adalah seperti berikut;

  • Ayah kandung
  • Ibu kandung
  • Ahli keluarga yang mengetahui kelahiran akan damit tersebut

Nota penting:
Pendaftaran kelahiran yang BUKAN dibuat oleh ayah kandung hendaklah menyertakan surat kebenaran atau surat wakil berserta dengan salinan kad pengenalan ayah kandung anak damit semasa membuat pendaftaran.


c) Dokumen-dokumen yang diperlukan

Dokumen-dokumen yang diperlukan semasa membuat pendaftaran adalah seperti berikut;

  • Borang permohonan pendaftaran kelahiran
  • Surat pengakuan kelahiran (Asal dan Salinan)
  • Sijil nikah/kahwin (Asal dan Salinan)
  • Kad pengenalan pintar ayah dan ibu atau kad waran polis atau kad ABDB (Asal dan Salinan)
  • Surat pengesahan nikah/kahwin (jika pasangan berkahwin di luar negeri) (Asal dan Salinan)
  • Sijil kerakyatan/surat pengesahan taraf kerakyatan (jika berkenaan) (Asal dan Salinan)
  • Kad Entry Permit (bagi penduduk tetap) (Asal dan Salinan)
  • Sijil kematian ayah/ibu kepada anak damit (jika berkenaan) (Asal dan Salinan)
  • Sijil cerai ayah/ibu kepada anak damit (jika berkenaan) (Asal dan Salinan)
  • Surat akuan Islam (jika berkenaan) (Asal dan Salinan)
  • Surat wakil dari ayah kandung (jika diwakili)
  • Surat sumpah dari mahkamah magistret bagi yang mempunyai dua nama(jika berkenaan) (Asal dan Salinan)

d) Pendaftaran Kelahiran Anak Laqid

Pendaftaran kelahiran anak laqid hendaklah dilbuat oleh ibubapa angkat yang telah dipilih oleh jawatankuasa kerajaan yang dilantik dan dilaksanakan setelah mendapat perintah sementara daripada Mahkamah Syariah.


PENDAFTARAN KEMATIAN

e) Tempoh Pendaftaran kematian

Pendaftaran kematian adalah disarankan untuk dilaksanakan sebaiknya dalam tempoh masa 12 jam selepas kematian. Pendaftaran kematian tertangguh (3 hari selepas 12 jam) dan pendaftaran kematian lewat (lebih dari 3 hari) akan dicatat jika tempoh pendaftaran dibuat selepas waktu yang disarankan.

f) Orang yang mendaftar

Kategori bagi mereka yang layak untuk mendaftar kelahiran anak damit adalah seperti berikut;

  • Ahli keluarga si mati yang mengetahui tentang kematian tersebut
  • Sesiapa yang hadir semasa berlakunya kematian
  • Penghuni rumah yang mengetahui akan kematian tersebut
  • Sesiapa yang menjumpai atau mengendalikan mayat tersebut

g) Dokumen-dokumen yang diperlukan

Dokumen-dokumen yang diperlukan semasa membuat pendaftaran kematian adalah seperti berikut;

    Bagi kematian yang mempunyai pengesahan doktor atau pegawai perubatan;

  • Borang pendaftaran kematian
  • Kad pengenalan pintar si mati (Asal dan Salinan)
  • Dokumen perjalanan si mati (bagi warganegara asing) (Asal dan Salinan)
  • Sijil kelahiran si mati(Asal dan Salinan)
  • Kad pengenalan pintar pelapor (Asal dan Salinan)

    Bagi kematian yang TIDAK mempunyai pengesahan doktor atau pegawai perubatan;

  • Borang Pendaftaran
  • Surat pengesahan kematian dari penghulu atau ketua kampong
  • Kad pengenalan pintar si mati (Asal dan Salinan)
  • Dokumen perjalanan si mati (bagi warganegara asing) (Asal dan Salinan)
  • Sijil kelahiran si mati (Asal dan Salinan)
  • Kad pesakit luar si mati (jika berkenaan)
  • Kad Pengenalan Pintar pelapor (Asal dan Salinan)

PENDAFTARAN ANAK ANGKAT

h) Syarat Pendaftaran Anak Angkat

Pendaftaran dan pengeluaran sijil anak angkat hendaklah dibuat setelah ibubapa angkat mendapat Perintah Kekal daripada Mahkamah Syariah (bagi mereka yang berugama Islam) dan 'Adoption Order' daripada Mahkamah Sivil (bagi mereka yang bukan berugama Islam).

i) Dokumen-dokumen yang diperlukan

Dokumen-dokumen yang diperlukan semasa membuat pendaftaran adalah seperti berikut;

  • Dokumen Ibu bapa kandung​
  • Kad pengenalan pintar suami/Isteri (Asal dan Salinan)
  • Dokumen perjalanan (jika berkenaan) (Asal dan Salinan)

  • Dokumen anak angkat 
  • Sijil Kelahiran (Asal dan Salinan)
  • Dokumen perjalanan (jika berkenaan) (Asal dan Salinan)

  • Dokumen ibu bapa angkat
  • Kad pengenalan pintar suami/isteri (Asal dan Salinan)
  • Sijil kelahiran suami/isteri (Asal dan Salinan)
  • Sijil nikah/kahwin (Asal dan Salinan)
  • Sijil akuan Islam suami/isteri (jika berkenaan) (Asal dan Salinan)

  • Dokumen dari Mahkamah Syariah/Mahkamah Sivil​​ 
  • Surat pengakuan penyerahan anak angkat dari ibu bapa kandung (Asal dan Salinan)
  • Surat pengakuan menerima anak angkat dari ibu bapa angkat (Asal dan Salinan)
  • Surat izin bagi pengambilan anak angkat (Asal dan Salinan)
  • Perintah Kekal (bagi pemohon berugama Islam) / 'Adoption Order' (bagi bukan beragama Islam) (Asal dan Salinan)

Salinan bagi Sijil Kelahiran, Kematian dan Sijil Pendaftaran Anak Angkat

Salinan bagi sijil kelahiran, kematian dan akan angkat boleh didapati dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut:

​​KELAHIRANKEMATIANANAK ANGKAT

 Dokumen diperlukan:

  • Borang permohonan salinan kelahiran (Asal dan Salinan)
  • Laporan polis, jika hilang (Asal dan Salinan)
  • Laporan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, jika terlibat dalam kebakaran (Asal dan Salinan)
  • Salinan Sijil yang ada dalam simpanan pemohon, jika sijil rosak.

 

 Dokumen diperlukan:

  • Borang permohonan salinan kematian (Asal dan Salinan)
  • Laporan polis, jika  hilang (Asal dan Salinan)
  • Laporan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, jika terlibat dalam kebakaran (Asal dan Salinan)
  • Salinan Sijil yang ada dalam simpanan pemohon, jika sijil rosak.

 

 Dokumen diperlukan:

  • Surat daripada pemohon
  • Kad pengenalan pintar pemohon (Asal dan Salinan)
  • Laporan polis jika hilang (Asal dan Salinan)
  • Laporan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, jika terlibat dalam kebakaran (Asal dan Salinan)
     
  • Salinan Sijil Pendaftaran Anak Angkat yang ada dalam simpanan pemohon, jika sijil rosak.

Harga: BND$5.00

Harga: BND$5.00

Harga: BND$5.00

 

j) Permohonan salinan sijil kelahiran, kematian dan sijil pendaftaran anak angkat Negara Brunei Darussalam bagi mereka yang berada di luar negeri

Permohonan bagi salinan sijil kelahiran, kematian dan anak angkat yang mana didaftarkan dan dikeluarkan oleh Negara Brunei Darussalam pada sebelumnya tetapi pemohon kini berada di luar negara hendaklah membuat permohonan salinan berkenaan melalui Suruhanjaya Tinggi, Kedutaan Besar, Perwakilan Tetap atau Konsulat Agung Negara Brunei Darussalam di luar negeri.


MAKLUMAT TAMBAHAN

Denda Kompaun

Berdasarkan kepada BAB 13 Akta Pendaftaran Beranak dan Mati, Penggal 79, sebarang kelahiran dan kematian yang gagal didaftarkan dalam tempoh yang ditetapkan, seseorang itu boleh dikenakan denda kompaun tidak lebih dari BND$500.00.


Permohonan bagi Pendaftaran Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat


DAERAH BRUNEI DAN MUARA


Ibu Pejabat

Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan

Tingkat 1, Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat

Jalan Menteri Besar BB3910

Brunei Darussalam

Tel: 2382629, 2381853

Faks: 2382627

 


 

 

DAERAH TUTONG


: Cawangan Tutong

Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan

Tel: 4221251

 


 

DAERAH BELAIT

 

 


: Cawangan Kuala Belait

Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan

Bangunan Pejabat Daerah

Tel: 3331565

 


 

 

DAERAH TEMBURONG

 

 


: Cawangan Temburong

Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan

Kompleks Jabatan-Jabatan Kerajaan

Tel: 5221222

 


 

Nota:​ 
Pendaftaran Kelahiran, Kematian dan anak angkat berkenaan mestilah dilaksanakan mengikut tempat kawasan daerah kelahiran, kematian dan anak angkat tersebut berlaku.


Waktu Pendaftaran dan Pengambilan Sijil

​ ​

ISNIN- KHAMIS

SABTU​

 

: 8:00 pagi hingga 11:45 pagi

 1:30 petang hingga 3:45 petang

 

 


JUMAAT DAN AHAD

Tutup