Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKad Urusan Perjalanan APEC (KUPA)

Kad Urusan Perjalanan APEC (ABTC) dikeluarkan kepada mereka yang dikategorikan sebagai peniaga. Dengan adanya kad ABTC, pemegang mempunyai kemudahan untuk menggunakan laluan cepat (fast track lane) bagi proses pemeriksaan imigresen semasa di pos-pos kawalan imigresen. Penggunaan laluan cepat berkenaan juga tertakluk kepada senarai negara yang tercatat di belakang kad berkenaan. Kad ini sah digunakan bagi tempoh 5 tahun.

ABTC SPECIMENT.jpg

 

KATEGORI YANG LAYAK DAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:

Warganegara Brunei Darussalam yang dikategorikan sebagai ahli perniagaan adalah layak untuk memohon kad ABTC.

Dokumen yang diperlukan:

  • Borang permohonan yang lengkap
  • Dokumen perjalanan (asal dan salinan)
  • Kad pengenalan pintar (asal dan salinan)
  • Surat sokongan sama ada dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri / Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan / Brunei Chamber of Commerce / Persatuan Usahawan Muda Brunei.
  • 2 keping gambar berukuran pasport


BAYARAN

Permohonan kali pertama: BND$100.00 (pembayaran semasa mengambil kad)

Membaharui: BND$50.00 (pembayaran semasa mengambil kad)